Laman Kerjaya

http://laluandoktor.blogspot.com/

Laman ini menyediakan penerangan mengenai kerjaya dalam bidang kedoktoran dan cabang-cabang kerjaya yang terdapat dalam profession ini. Diharap laman ini dapat membantu anda semua.


Info Kerjaya: Ahli Astronomi

Bidang astronomi merangkumi pelbagai aspek iaitu sains, fizik, matematik, kimia, geologi dan biologi. Antara kerjaya dalam bidang astronomi adalah ahli astronomi atau dikenali sebagai 'astrophysicists'. Ahli astronomi menggunakan teori fizik dan matematik untuk mengkaji mengkaji bahan dan tenaga di seluruh ruang angkasa seperti matahari, bulan, planet dan galaksi. Ahli astronomi juga mengaplikasikan pengetahuan mereka bagi menyelesaikan masalah mengenai navigasi kapal angkasa dan komunikasi satelit. Mereka juga mencipta alatan berteknologi tinggi bagi membuat pemerhatian dan mengumpulkan data astronomi.
Kebanyakan ahli astronomi bekerja dengan agensi kerajaan sebagai saintis angkasa lepas. Agensi kerajaan yang popular adalah National Aeronautics and Space Administration (NASA). Terdapat juga ahli astronomi yang bekerja dalam bidang industri aeroangkasa.




Sebagai ahli astronomi, mereka perlu membuat keputusan mengenai objek yang hendak dikaji, teknik kajian serta peralatan yang diperlukan untuk melakukan kajian tersebut. Antara alatan yang digunakan semasa pemerhatian dijalankan adalah optikal, infrared, ‘radio ground based telescope’ dan ‘satelite based telescope’. Mereka akan membuat pemerhatian bagi sesuatu tempoh dan merekod data pemerhatian. Data tersebut akan dianalisis dan dikaitkan dengan teori dan hipotesis. Terdapat juga ahli astronomi yang menggunakan komputer bagi mengaitkan data pemerhatian dengan teori matematik. Ahli astronomi biasanya akan dikhususkan pada sesuatu bidang seperti matahari, sistem solar atau penciptaan alatan dan teknik kajian.
Antara kemahiran generik yang perlu ada jika adik-adik berminat menjadi ahli astronomi adalah:
  1. Kemahiran computer – Ahli astronomi banyak menggunakan komputer bagi membuat pengiraan yang sangat kompleks, mengakses internet dan emel, mengendalikan set data yang besar serta merekabentuk alatan astronomi.
  2. Penulisan Saintifik – Penulisan saintifik amat penting kerana ahli astronomi mesti menulis laporan hasil kajian mereka, jurnal dan buku-buku mengenai astronomi.
  3. Kemahiran berucap  - Ahli astronomi mesti membentangkan hasil kajian mereka di hadapan rakan sekerja, orang ramai, menteri, dan sebagainya.