Thursday 27 October 2011

Apakah Itu Zaman Remaja?

Pernahkah anda cuba memahami dan mencari makna istilah 'ZAMAN REMAJA' itu? Ya... istilah yang menggambarkan fasa yg sedang anda lalui sekarang ini! Apa yg anda lakukan hanyalah menjalani fasa itu dgn bergembira, tanpa mahu memahami maknanya.
    Ramai yg berkata zaman remaja adalah masa yg indah. Banyak kenangan yg sukar dilupakan, samada yg suka mahupun duka. Oleh kerana menganggapkan zaman ini indah, kadangkala orang tua juga berasa rindu untuk kembali ke zaman remaja. Bahkan, jika tuhan mengizinkan, mereka ingin selamanya menjadi muda tanpa mengalami zaman tua.
    Di zaman remaja anda mula mengenal dan menyukai orang yg berlainan jantina, mengenal dan meminati pelbagai jenis muzik, mengunjungi tempat2 hiburan dan sebagainya. Menurut ilmu psikologi, pada masa itu, anda sedang mengalami zaman pra-baligh ygmenyebabkan anda mengalami banyak perubahan dlm diri anda.
ZAMAN REMAJA ITU INDAH 
    Secara ringkasnya, zaman remaja bermakna satu jangkamasa perkembangan hidup manusia apabila berakhirnya zaman kanak2 dan sebelum bermulanaya zaman dewasa. Secara umumnya, Zaman remaja bermula dari usia lebih kurang 11 hingga 13 tahun sehinggalah anda berusia 18 hingga 20 tahun. Namun kenyataannya, setiap orang mempunyai tahap perkembangan yg berbeza. Maknanya, ada orang yg mengalami fasa perubahan yg cepat dan ada yg lambat.

Thursday 20 October 2011

Di manakah perkhidmatan kaunseling dijalankan?

Pertemuan anda dengan kaunselor akan diadakan di bilik kaunseling yang selesa dan jauh daripada gangguan serta tidak boleh didengar oleh orang lain.

Adakah pertemuan itu terjamin?

SEMESTINYA! Jadi, yakinlah untuk berjumpa dengan kaunselor anda.

Kenapa saya perlu berjumpa kaunselor?

Anda perlu berjumpa kaunselor apabila anda:-
  • Susah menumpukan perhatian terhadap pelajaran
  • Tidak tahu cara-cara belajar yang berkesan
  • Menghadapi masalah emosi dan kerunsingan
  • Perasaan rendah diri
  • Kurang yakin akan kemampuan diri sendiri
  • Sukar berhubung dengan guru dan rakan sebaya
  • Bimbang atau khuatir menghadapi masa hadapan
  • Ingin mendapatkan maklumat tentang pelajaran dan kerjaya
  • Ingin mendapatkan maklumat untuk menghadapi sesi temuduga selepas tamat persekolahan
  • Tidak mengenali siapakah diri dan apakah potensi diri sendiri
Semestinya kaunselor anda sedia membantu segala permasalahan anda!

Perkhidmatan yang disediakan oleh unit UBnK SEDAR

Pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh unit ini,termasuklah:-
  • Pengurusan dan pentadbiran
  • Kaunseling individu dan kelompok
  • Bimbingan akademik
  • Bimbingan kerjaya
  • Psikososial
  • Kesejahteraan mental
  • Keibubapaan
  • Pembangunan diri pelajar
  • Pendidikan pencegahan dadah/HIV/AIDS
  • Kemahiran belajar
  • Kepimpinan
Inventori yang digunakan oleh pelajar-pelajar:-
  • Inventori Personaliti Sidek
  • Inventori Pemasalahan Pelajar
  • Inventori Persepsi Kendiri
  • Inventori Personaliti Warna
  • Inventori Pemilihan Kerjaya
  • Inventori Pembelajaran
  • Inventori Minat Kerjaya
  • Inventori Gaya Bercinta
Bagaimanakah perkhidmatan ini dijalankan:-
  • Kaunseling INDIVIDU- Anda dengan kaunselor
  • Kaunseling KELOMPOK- Anda, rakan-rakan dan kaunselor
Peraturan am bilik kaunseling SEDAR:-
  1. Setiap pelajar hanya dibenarkan masuk ke Bilik Kaunseling dengan kebenaran kaunselor pelajar.
  2. Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kelompok dibuat melalui temujanji terlebih dahulu bagi mengelakkan kesulitan.(Rujuk jadual bertugas)
  3. Para pelajar boleh membaca bahan-bahan bacaan dan rujukan yang disediakan di Bilik Sumber Kaunseling. Jika ingin meminjam perlu mendapat KEBENARAN daripada Kaunselor Pelajar.
  4. Para pelajar tidak dibenarkan membuat BISING, TIDUR, BARING, MAKAN, dan MEMBUANG MASA ketika berada di Bilik Kaunseling.
Kaunselor anda seorang yang:-
  • Merahsiakan apa yang anda perkatakan
  • Menerima anda tanpa syarat
  • Sedia mendengar segala persoalan anda
  • Menghormati anda sebagai individu
  • Sedia berjumpa anda pada bila-bila masa

Pengenalan UBnK SEDAR, Muar

Unit ini diadakan bertujuan untuk membantu pihak sekolah melaksanakan program-program yang sesuai demi kesejahteraan seluruh warga sekolah.
Di samping itu, pihak UBnK sekolah ini menyediakan pelbagai perkhidmatan yg difikirkan dapat membantu para pelajar meningkatkan perkembangan diri, akademik dan psikososial mereka.
Tenaga guru yang telah diamanahkan untuk melaksanakan tugas tersebut ialah;-
  • Encik Mohd. Hazni Bin Hj. Ali
  • Puan Hajah Zarina Binti Md. Yusof
  • Puan Dalilah Binti Maskuri
SEDAR juga mempunyai ramai guru yang benar-benar komited dalam usaha meningkatkan prestasi pelajar sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurukulum.


Wednesday 19 October 2011

IMBASAN SEJARAH SEKOLAH



SMK Dato’ Sri Amar DiRaja,

Sekolah Menengah Kebangsaan tertua,

Dalam daerah Muar sohor namanya,

Dato’ Abd Rahman Bin Andak empunya nama,

Gelaran Setiausaha Kerajaan Johor pertama.

                                        

Penyata Razak (1956) mengajukan aspirasi,

Pendidikan kebangsaan teras asasi,

Penubuhan Sek. Men. Kebangsaan direalisasi,

Manifestasi kemerdekaan tanah air dikongsi.



1961 Sekolah Menengah Baru ditaja,

1964 ditukar kepada Sek. Dato’ Sri Amar DiRaja,

Di sini anak-anak watan bertapak jaya,

Membina nusa, membangun bangsa.



SDAD akronin diguna,

Mengisi gambaran Sek. Dato Sri Amar DiRaja,

1995 singkatan diganti kepada lebih bermakna,

SEDAR imbasan Falsafah Pendidikan Negara,

Pendidikan Untuk  Masyarakat moto sekolah,

SEDAR Penjana Kecemerlangan imej diserlah



Tanggal 29 Julai 1965,

Tarikh SEDAR menempa nama,

Dirasmi menteri  dengan Bismillah,

Sebuah lagu rasmi berkumandang megah,

Mencitra harapan masyarakat kelas menengah,

Allahyarham Saiful Bahari pencipta madah,

Irama patriotisma pelambang wadah.



Bagai bayi yang baru lahir,

SEDAR merangkak dan bertatih,

Dalam gigih dan jerih,

Harungi cabaran getir,

Untuk berdiri sama tinggi,

Duduk sama rendah,

Dengan pesaing yang sedia gah.



Setelah tiga dekad berlalu,

SEDAR terus berkembang maju,

Mengisi wawasan bertekad jitu,

Bilik darjah pelengkap pembelajaran,

Blok gotong royong pencukup kegiatan,

Surau menghimpun iman ketakwaan,

Makmal sains menganalisis dapatan,

Bilik mesyuarat meneguh kongsi kesepaduan.





Thalatha Mahadi, Hamberi Mahat,

Victor Gan, Rozella Razak tak kurang hebat,

Atlet SEDAR nama terpahat,

Mengharumi negara penuh tekad,

Kebanggaan SEDAR pembakar semangat.



Tahun 1995,

SEDAR memanjat kecemerlangan,

Trek bitumen hadiah kemenangan,

Di negeri Johor menjohani pertandingan,

MSSJ tiga tahun berturutan,

Kelengkapan Gimnasium turut dibekal,

Guna bina imej kesukanan,

Membaja minda, mengimbangi ketangkasan,

Lambang ketrampilan Sekolah Sukan.



Tahun 1998,

SEDAR dipilih dalam kalangan seperjuangan,

Projek Rintis Sekolah Bestari Kementerian

Pelajaran.

Enam Bilik Simulasi PnP diubah suai,

Makmal Komputer pelengkap persediaan,

Dalam gema kearah globalisasi,

SEDAR mara melangkah berani,

Menjulang nama Sekolah Bestari,

Gigih dalan jerih sama-sama harungi,

SEDAR teruskan komitmen ini,

Untuk Negara Malaysia yang dicintai.



Menginjak abad ke-21,

SEDAR terus melakar kecemerlangan,

Kurikulum dan kokurikulum,

Menjadi medan sengit persaingan,

PMR, SPM dan STPM ,

Menjadi  kayu pengukur keintelektualan,

Kehebatan SEDAR tidak diragui,

Sebagai pesaing yang digeruni dan dicemburui.

Juara Peringkat Kebangsaan menjadi impian,

Petanque, Koperasi terbaik sekolah,

Teknologi Pelancaran roket,

Telah direalisasi, mendahului tekad,

Memecah impian menjadi kenyataan



2011, Sekolah Bestari Perdana,

Gelaran diberi ternyata sudah,

Dua blok baru membawa tuah,

50 tahun sambutan bertambah meriah,

Gigih mendidik jiwa dan minda,

Bagi menggapai bintang kejora,




Demikian,

Sekolah Dato’ Sri Amar DiRaja,

Megah berdiri membina negara bangsa,

Citra bangsa yang bermaruah dan merdeka.






















Guru Penolong Kanan 1