Wednesday 19 October 2011

IMBASAN SEJARAH SEKOLAH



SMK Dato’ Sri Amar DiRaja,

Sekolah Menengah Kebangsaan tertua,

Dalam daerah Muar sohor namanya,

Dato’ Abd Rahman Bin Andak empunya nama,

Gelaran Setiausaha Kerajaan Johor pertama.

                                        

Penyata Razak (1956) mengajukan aspirasi,

Pendidikan kebangsaan teras asasi,

Penubuhan Sek. Men. Kebangsaan direalisasi,

Manifestasi kemerdekaan tanah air dikongsi.



1961 Sekolah Menengah Baru ditaja,

1964 ditukar kepada Sek. Dato’ Sri Amar DiRaja,

Di sini anak-anak watan bertapak jaya,

Membina nusa, membangun bangsa.



SDAD akronin diguna,

Mengisi gambaran Sek. Dato Sri Amar DiRaja,

1995 singkatan diganti kepada lebih bermakna,

SEDAR imbasan Falsafah Pendidikan Negara,

Pendidikan Untuk  Masyarakat moto sekolah,

SEDAR Penjana Kecemerlangan imej diserlah



Tanggal 29 Julai 1965,

Tarikh SEDAR menempa nama,

Dirasmi menteri  dengan Bismillah,

Sebuah lagu rasmi berkumandang megah,

Mencitra harapan masyarakat kelas menengah,

Allahyarham Saiful Bahari pencipta madah,

Irama patriotisma pelambang wadah.



Bagai bayi yang baru lahir,

SEDAR merangkak dan bertatih,

Dalam gigih dan jerih,

Harungi cabaran getir,

Untuk berdiri sama tinggi,

Duduk sama rendah,

Dengan pesaing yang sedia gah.



Setelah tiga dekad berlalu,

SEDAR terus berkembang maju,

Mengisi wawasan bertekad jitu,

Bilik darjah pelengkap pembelajaran,

Blok gotong royong pencukup kegiatan,

Surau menghimpun iman ketakwaan,

Makmal sains menganalisis dapatan,

Bilik mesyuarat meneguh kongsi kesepaduan.





Thalatha Mahadi, Hamberi Mahat,

Victor Gan, Rozella Razak tak kurang hebat,

Atlet SEDAR nama terpahat,

Mengharumi negara penuh tekad,

Kebanggaan SEDAR pembakar semangat.



Tahun 1995,

SEDAR memanjat kecemerlangan,

Trek bitumen hadiah kemenangan,

Di negeri Johor menjohani pertandingan,

MSSJ tiga tahun berturutan,

Kelengkapan Gimnasium turut dibekal,

Guna bina imej kesukanan,

Membaja minda, mengimbangi ketangkasan,

Lambang ketrampilan Sekolah Sukan.



Tahun 1998,

SEDAR dipilih dalam kalangan seperjuangan,

Projek Rintis Sekolah Bestari Kementerian

Pelajaran.

Enam Bilik Simulasi PnP diubah suai,

Makmal Komputer pelengkap persediaan,

Dalam gema kearah globalisasi,

SEDAR mara melangkah berani,

Menjulang nama Sekolah Bestari,

Gigih dalan jerih sama-sama harungi,

SEDAR teruskan komitmen ini,

Untuk Negara Malaysia yang dicintai.



Menginjak abad ke-21,

SEDAR terus melakar kecemerlangan,

Kurikulum dan kokurikulum,

Menjadi medan sengit persaingan,

PMR, SPM dan STPM ,

Menjadi  kayu pengukur keintelektualan,

Kehebatan SEDAR tidak diragui,

Sebagai pesaing yang digeruni dan dicemburui.

Juara Peringkat Kebangsaan menjadi impian,

Petanque, Koperasi terbaik sekolah,

Teknologi Pelancaran roket,

Telah direalisasi, mendahului tekad,

Memecah impian menjadi kenyataan



2011, Sekolah Bestari Perdana,

Gelaran diberi ternyata sudah,

Dua blok baru membawa tuah,

50 tahun sambutan bertambah meriah,

Gigih mendidik jiwa dan minda,

Bagi menggapai bintang kejora,




Demikian,

Sekolah Dato’ Sri Amar DiRaja,

Megah berdiri membina negara bangsa,

Citra bangsa yang bermaruah dan merdeka.






















No comments:

Post a Comment